Zemi Holdings
PENGENALAN:
ZEMI ENGINEERING SDN BHD ialah sebuah syarikat dimiliki oleh 100% Bumiputra yang telah ditubuhkan pada 15 Februari 2007, dengan diasaskan oleh Encik Azmi bin Manan sebagai Pengarah Urusan syarikat ini. Hasil minat yang mendalam dalam bidang kimia dan setelah hampir dua tahun kajian dilakukan, ZEMI ENGINEERING SDN BHD bersama rakan kongsinya Encik Mustafa Kamal Abdullah telah berjaya menghasilkan sebuah produk berjenama AKAMA CHEMICAL yang merupakan produk bahan pencuci (detergent/ hygiene) untuk semua kegunaan isi rumah, sektor pembinaan, perindustrian, dan pengangkutan. Kini, kilang Akama Chemical telah dibuka dan sedang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan.
Sesuai dengan menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan tempatan dalam bidang teknologi kimia ini, Zemi Engineering Sdn Bhd dengan penuh iltizam dan komitmen yang tinggi, berhasrat untuk menjadikan perniagaan ini sebagai satu medan untuk menjana ekonomi Negara khususnya di samping mencapai visi dan misi syarikat yang telah ditetapkan. Memandangkan kedudukan ekonomi Negara yang semakin pulih, syarikat berhasrat untuk mengambil peluang ini untuk terus berusaha memasarkan produk AKAMA CHEMICAL yang diramalkan akan mendapat sambutan pelanggan memandangkan spesifikasi produk-produknya yang bermutu dan menjamin kepuasan hati pengguna.
|
PROFAIL SYARIKAT: |
|
|
No. Pendaftaran Syarikat |
763002-V |
|
No. Pendaftaran MOF |
357-02121557 |
|
Tarikh Ditubuhkan |
15 Februari 2007 |
|
Pengarah Syarikat |
1. Azmi bin Manan |
|
|
2. Mustafa Kamal bin Abdullah |
|
|
3. Nur Natasya binti Azmi |
|
ALAMAT SURAT-MENYURAT: |
|
|
1. SENAWANG 2. NILAI Tel: +606-850 6444 Fax: +606-850 6442 |
|
Rangkaian Produk
Produk AKAMA ini terdiri daripada 6 kategori yang diperbuat khusus untuk cucian Penjagaan Lantai(Floor Care), Pembinaan (Construction), Dapur (Kitchen), Industri (Industrial), Pembersihan (Hygiene), dan Pengangkutan (Transportation).
Teknologi yang digunakan ialah dari USA, yang diformulakan oleh seorang salah seorang pengarah syarikat ini iaitu En Mustafa Kamal. Beliau berpengalaman dalam bidang pemprosesan bahan kimia terutamanya dalam bidang kimia industri dan akhirnya berjaya menghasilkan produk AKAMA Chemical ini.